[6.45Pagi]
Bangun tidur, cuti-cuti ni lah selalu aku bangun lambat.
Bangun tidur pi bilik air ambil wudhuk terus solat subuh.Lepas solat lepak-lepak jap atas katil.Amek phone dengar lagu Jauh-Mirwana sambil berangan sorang-sorang.
[9.30Pagi]
Bangun dari tidur balik sebab time dengar lagu tertidur(heh). Buka PC cek FB jap. Terus takde mood.
Nampak buku teks Sejarah Form3 teringin nak baca.Berjaya khatam dua bab walaupun tak paham apa yang dibaca(hehe).
Baring-baring jap, fikir-fikir sambil dengar lagu. Harini 02/12/2011. Tak sampai sebulan 2012 menjelma, PMR pun menjelma.
Dah Study? Dah Sedia? Dah Boleh Senyum?
Ok jujur, semua belum.Aku masih dalam moody bercuti. Habis aku.Habis~
Fikir-fikir lagi pasal PMR tahun depan.... jauh termenung,tetiba lagu Doaku-Haddad Alwi ft Fadly(padi) kedengaran di dalam telinga.
Bismillah Yaa Rahmaanu yaa Rahim Bismillah
Bismillah Yaa Fattahu Yaa halim BismillahYaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa AllahYaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa AllahBismillah, Bismillah, BismillahYaa Robbiy sudilah pandang kamiTerangi jalan gelap iniJangan biarkan aku terus sendiriMencari mendaki dan berduriYaa Robbiy dengarlah doaku ya RobbiyHadirlah dalam kehidupan kematian kamiCoba dan uji kan kulaluiYa Allah, Ya Rahman, Ya Rokhim
Disini ada 2 perkara aku ingin katakan,
1)Okey sungguhtaktipu tahun depan aku dah exam PMR aka exam DUNIA.
Exam yang sungguh DASYAT dan GANAS bak kata student yang pernah laluinya.
2)Okey jujur, kematian lebih dekat dengan aku.Dan selepas kematian aku akan diExamkan dengan sesi soal jawab mungkar dan nangkir didalam kubur.Exam itu sering dilupakan bagi mereka yang jahil dan sering menjadi perhatian bagi orang yang beriman.Betul, tak caya? tanya diri anda (^^.)
Exam ini adalah LEBIH DASYAT dan GANAS.Soalan-soalanya takkan terdapat didalam buku Sejarah form3 mahupun buku Bahasa Melayu form1.Soalan tu sudah lama bocor.Tinggal nak jawab je.
haha senangkan? tinggal nak jawab gitu2 je..tinggal hafal,pastu mati,pastu jawablah. ye tak? (^^.)
Meh kita revision soalan itu,
Soalan
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Jawapan
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Senangkan? untuk pengetahuan pembaca semua,soalan ini bukan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Jabatan Pertanian Malaysia mahupun Persatuan Artis Malaysia.
Senang?
"Ah mesti senang! hafal, sudahh!hahaha! "
Baik,seterusnya jom sesama semak surah yassin ayat ke 65.
"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." [Surah Yaasiin: 65]
Mulut dikunci, anggota badan yang lain yang setelkan?
"errr...habis camne nak jawab? kaki ngan tangan nak jawab? peliknya?"
"Takda yang pelik disana nanti, ok.Jadinya, memang tak semudah ABC menghafal dan mentaksirkannya didepan malaikat nanti.Sungguh, jika baik amalan didunia,baiklah nanti. Jika sebaliknya,sebaliknya juga la nanti.Muhasabah diri dari sekarang.Praktikal yang baik, hindari yang buruk dan yang terkutuk. Kan senang~"
Urh..aku tersedar dari lamunan. Lamunan yang menyedarkan. Aku terus off lagu dan...
***
*INGAT MATI = BIJAK*
Sumber : Forum
BroFatih
18:25[02122011]
Mati Itu Hampir
0 komen anda...:
Post a Comment