Salam ukhwah kepada semua

Tentang tentang

My photo
Aku Hamba ALLAH beb ! korang?

Suka Blog ini?

Friday, March 16, 2012

Ok

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.Aku tengok blog ni dah berkurun lamanya tak diUpdate.
Disebabkan kemalasan dan kesibukan ini membuatkan aku lagi bertambah payah nak update.

Disebabkan aku adalah diantara satu daripada lebih seploh ribu calon PMR menyebabkan aku malas nak berblog walhal aku slalu berfacebook dan bertwitter.Apakan daya diriku ini sedangkan homework belambak bagaikan gunung daik bercabang tiga dan bagaikan pergunungan alps di switzerland menjadi tempat pelancongan dan peranginan yang ramainya orang bermain ski.

Dan dikala itu juga,entah tetiba aku rasa nak post pula sesuatu pada ketika ini.
Jadi ini je la post aku.

Sebelum itu, ada juga aku buat sedikit cerpen untuk santapan umum.

Cerpen mengisahkan sang kancil bermain skateboard di skatepark shah alam bersama sang biri-biri yang baru beli deck yang berlambang mario yang berwarna hitam merah.Sang kancil amat terer bermain skate sehingga dia digelar jerry hsu kerana kehebatannya membuat trick fliplip yang putaran 360 darjahnya mengalahkan kelajuan formula 1 di litar sepang. Tiba-tiba sang kancil jatuh pengsan kerana kelemahan sistem bodinyeee.Sang biri-biri dan sang tupai berasa sangat terkejut tahap gaban sehingga menangis meronta-ronta didalam tandas di pavi.... dan ikutilah kisah seterusnya.(lihat link donlod di bawah)

Ok da mula merepek.hehe.

Baik bagi sesape yang singgah dan baca post ini, doakan untuk aku supaya aku dapat challenge abg dan kak aku dalam pertandingan result osem pmr.

doakan yg terbaik!

May ALLAH bless us ! :)
link cerpen sang kancil si skater  http://www.mediafire.com/download.php?gu1htk92lclg2p9 

Saturday, December 24, 2011

Jangan Sampai OVERLOAD !

Firman ALLAH  pasal hormat dan batas laki pompuan 


ALLAH S.W.T telah menciptakan nabi Adam sebagai manusia pertama di muka bumi ni. Dan ALLAH juga telah menciptakan HAWA daripada tulang rusuk kiri nabi Adam.Hawa adalah isteri nabi Adam dan wanita pertama di muka bumi ni.

Lelaki disebut kaum Adam manakala Wanita disebut kaum Hawa. Dua-dua ni ada rasa sayang dan cinta.Lelaki sayang Wanita,Wanita sayang Lelaki.Lelaki cinta Wanita,Wanita cinta Lelaki.Dan sebagainya..

Seseorang lelaki sangat-sangat memerlukan wanita kerana wanita adalah pendamping hidup tatkala suka duka.Wanita juga perlukan lelaki untuk share suka duka,luahan hati dan memacam lah~

Tapi, perlu diingat juga, kasih sayang dan cintanya seseorang tu takleh lah sampai overload kerana cinta abadi adalah cinta kepada ALLAH. ALLAH yang cipta kita, takkan nak lupa. Manusia lupa diri namanya tu.

Kat muka bumi ni setiap manusia berpasang-pasangan dan akan menemui jodoh.Ya, AKAN menemui jodoh. Hanya tunggu masa.Tapi kena USAHA.

Ya,Usaha.

Tapi dalam post ni aku cuma nak diskuskan dan Hiperbolakan 1 komen, 

"Bercinta jangan OVERLOAD, Bercinta jangan lupa tuhan, Bercinta jangan cinta monyet, Perasaan cinta biar simpan dalam hati, luahkan padaNya jika dah berbuak-buak, jangan luahkan dengan buat benda yang memudaratkan, jangan sampai jadi maksiat, jangan sampai jadi fitnah, jangan sampai jadi masalah dunia akhirat, jangan sampai ALLAH murka, Bercinta jangan berdating kecuali mak bapak ikut dan terus kawin, Bercinta biar sampai kesyurga, Bercinta lepas kawin lebih indah :)"

Bercinta tu susah, betul..sangat susah, tapi best :)
kalo best2 tapi dapat murka ALLAH memang SIA-SIA lah.
Tapi apakandaya,hati emosi dan meronta naik gila dan mula membuak-buak macam larva keluar dari gunung berapi merapi dan akhirnya... larva-larva tu mengorbankan banyak nyawa.

Tak caya tanya yg pena bercinta :)
-Hati tunjuk perasaan mahu dibebaskan dari keluhan-

Muhasabah diri beb ! aku cuma manusia bese yg asyik lupa diri dan lupa allah !
asyik asyik asyik leka dengan cinta dunia !


aku? aku suka seseorang,aku simpan dalam hati,aku luahkan padaNya
tapi kekadang aku tak khusyuk solat sbb bygn dia ganggu aku.
tapi keakdang aku tak keruan sbb dia asyik terbayang dlm fikiran aku,
sebab tu la aku bnyk jerawat(heh apekena mengena?)

^^,

Tuesday, December 20, 2011

Entah : Blablabla~

Assalamualaikum,

Ok baik, semenjak dua menjak ni aku happy, alhamdulillah :).

Ini semua atas sebab sokongan dan dorongan sahabat yang suruh aku join program daurah kat masjid.

Hati bertambah tenang dan takde da kusut bagai.

Tapi mencabar gak aku kena jadi penghulu dalam masa seminggu ni, semoga dipermudahkan.

Kat sana aku dapat banyak benda woo~ best wooo~

-Dapat jumpa kawan baru.
-Dapat mempraktikkan ilmu.
-Dapat hafaz ayat2 al quran
-Dapat share ilmu dengan orang2 yang pandai,bertaraf orang kaya,bertaraf star,professional,good man and blablablabla etc etc yada yada~...
-Kat sana tak kira apa pangkat, semuanya tetap hamba ALLAH.
-Dapat pengalaman jadi pemimpin :)

Dan banyak lagi.( Actually program tu baru 2 hari berlalu, tapi taktau la kenapa banyak benda aku dapat :) )

For the next day, i'll make my days wonderfull and make myself near to ALLAH, insyaAllah, may easier.

Cerita lain,

semanjak dua menjak ni hubungan aku dengan insan2 yang selalu aku lepak kat FB rasanya da agak sunyi sepi.Aku bagi mesej, takde respon. Padahal aku tau dorang online tiap hari. Mungkin silap aku gak, dorang tau aku nak PMR next year tapi aku still ngan mukabuku. MUNGKIN.

Dan aku gembira dengan sorang ni, dia sorang 'leopard' kerana garang. Ntah tetiba dia im aku kt fb smalam. hihi habis kalau blog ni kantoi ngan dia. Tak selamat betul.

Papepun, moga urusan esok hari dipermudahkan. InsyaAllah.

BroFatih
22:10[20122011]
Blablabla~

Komen-komen sikit pasal blog saya ye!

Followers

 

ShoutMix chat widget
Powered by Blogger.

Labels

website (13) suka2 (11) promosi (7) banner (6) ntah (6) gambar (5) baru (4) pengalaman (4) PC (3) Positive (3) gadget (3) mesej (3) penat (3) exam (2) kawan (2) tolong (2) tutorial (2) Bahasa (1) Bangsa (1) KAMIBLOGGER (1) Kawad (1) contest (1) diskus (1) facebook (1) formspring.com (1) henset (1) kecewa (1) mati (1) novel (1) parody (1) pengakuan (1) perang (1) selangor hebat (1) sesat (1) sosial (1) suka (1) video (1) virus (1)

Blog Archive